oleh Zabidin Hj Ismail
Mohamed Roselan Johar dilahirkan pada 1 Jun 1923 di
Kampong Batu Tiga, Temoh, Perak. Pernah menerima pendidikan di GES, Tapah
(kini: Sekolah Menengah Buyung Adil) yang terletak kira-kira lima kilometer
dari kampong Batu Tiga Temoh. Gurunya
ketika itu ialah Kapten Abdul Hamid Khan
dan Dayal Singh.
Pindah ke Pahang
Tidak lama bersekolah di GES, dia telah dibawa oleh bapa
tirinya, Saidin, ke tempat kerjanya di Bentong, Pahang dan kemudian ke Kuala
Lipis. Semasa di Kuala Lipis bapa tirinya cuba memasukkannya ke Clifford School, Kuala Lipis tetapi
tidak mendapat tempat. Guru Besar sekolah itu seorang Inggeris bernama D.B.J.
Ambler telah mengambilnya bekerja sebagai
store keeper di Pejabat Volunteer,
Kuala Lipis kerana beliau adalah seorang Captain
dalam Pahang Volunteer. Masa itu ialah tahun 1941 dan Mohamed Roselan
diterima berkhidmat sebagai seorang Volunteer
dalam Machine Gun Section (MGS) di
Sungai Lembing, Pahang. Kemudian dia bersama MGS dihantar ke Kelantan dan ditempatkan di tepi laut dekat dengan bandar Kota Bharu.
Ketika Jepun mendarat di Kota Bharu pada 8 Disember,
1941 MG Stelah terlibat dalam menentang
pendaratan tentera Jepun itu. Tetapi apabila tentera Jepun berjaya mendarat di
Kota Bharu, MGS diperintahkan berundur ke Kuala Lipis dan kemudian ke Kuala
Lumpur. Selepas dua hari di Kuala Lumpur, MGS diperintahkan pula ke Singapura. Sewaktu di Singapura beliau
berjumpa semula dengan Captain DBJ
Ambler. Kapten itu telah membawa Mohamed
Roselan tinggal bersama-samanya.
Apabila British menyerah kalah kepada Jepun di Singapura,
kira-kira jam 12 malam 15 Februari, 1942 askar-askar British diberitahubahawa
mereka akan dijadikan orang tawanan Jepun. Captain Ambler membuat keputusan
lari meninggalkan Singapuradan mengajak Mohamed Roselanpergi mengikutnya.
Mereka bergegas keluar dari Singapura dengan menaiki sebuah tongkang.Ada 21
orang dalam tongkang tersebut termasuk seorang India dan dua ekor
anjing. Mereka melarikan diri ke Sumatera.
Medan, Indonesia
Mereka akhirnya sampai di Medan, Sumatera Utara. Dari
bandar Medan mereka menaiki lori menuju Padang, di Sumatera Barat melintasi
kabupaten Pasaman, Rao dan Bukittinggi. Mereka “tersadai” di Padang selama empat
hari. Ketika hari terakhir di Padang,
kebetulan sebuah kapal dagang dari Australia singgah di pelabuhan Padang untuk
Ceylon (sekarang: Sri Lanka). Mereka menumpang kapal itu dan sampai di Ceylon
setelah berlepas dua hari dari Padang. Dari Ceylon mereka menaiki kapal lain
menuju Bombay (sekarang: Mumbai).
Sebaik sahaja mendarat di Bombay, Captain Ambler terus
menyertai 2nd Battalion Royal
Berkshire Regiment yang dipenuhi askar British. Captain Ambler turut membawa
Mohamed Roslen masuk berkhidmat dalam Regiment tersebut
dan diberi No. 6301300. Captain Ambler mendaftarkan namanya sebagai Mohamed
Roselan bin Salleh. Tugasnya ialah menjaga setor. Kemudian, Mohamed Roselan
berpindah ke Madras mengikut Captain Ambler tetapi tidak lama di Madras, Captain Ambler dipanggil balik ke England untuk menjadi guru. Sebaliknya
Mohamed Roselan terus berkhidmat di
Madras selama tujuh bulan dan kemudian
dipindahkan ke sebuah istana kosong bersama-sama askar-askar lain di Calcutta.
Semasa Mohamed Roselan berada di India, ada dua orang
lagi Melayu berkhidmat dengan tentera British iaitu Captain Ibrahim bin Ismail dan
seorang lagi bernama Captain Raja yang Mohamed Roselan tidak ingat
namanya.
Mereka telah dipelawa masuk Force 136. Pihak tentera British juga mengambil 40 orang Melayu yang
balik dari Makkah serta yang berada di
Mesir memasuki Force 136. Namun begitu 25 orang Melayu daripada mereka
membuat keputusan tidak menyertai Force
136 sebaliknya pulang ke Makkah semula. Bakinya yangtinggal termasuk Mohamed
Roselan telah segera dihantar ke Colombo, Ceylon dan di tempatkan dalam sebuah
kebun getah untuk latihan tentera.
Kapten Ibrahim datang ke Colombo untuk menyertai Force 136 sebagai ketua. Dua orang lagi
pegawai Melayu itu balik ke New Delhi, India. Manakala Captain Ambler dilantik
sebagai Ketua Pasukan di England dan diarah datang ke Colombo 2-3 bulan sekali.
Selepas latihan, Mohamed Roselan dihantar balik ke Tanah
Melayu dengan menaiki kapal selam. Apabila sampai di Lumut mereka mendapat maklumat bahawa tentera Jepun sudah tahu
tentang kedatangan mereka. Oleh itu kapal
selam itu berpatah balik ke Ceylon
Mohamed Roselan, sekali lagi dihantar naik kapal
selam menuju Lumut. Bersamanya ialah dua
orang askar British iaitu seorang wireless
operator dan seorang lagi berpangkat Captain. Apabila sampai di Lumut beliau sekali mendapat maklumat
bahawa mereka tidak boleh mendarat kerana tentera Jepun sudah tahu dan menunggu
kedatangan mereka.Oleh itu sekali lagi kapal selam itu berpatah balik ke Ceylon
kerana tidak dapat mendaratkan orang yang dihantar.
Selanjutnya, Mohamed Roselan dihantar pula ke Calcutta
belajar dan berlatih menggunakan payung terjun. Selepas latihan dia dihantar
balik ke Ceylon. Tidak berapa lama kemudian ramai orang Melayu menyertai Force
136 dan terus dihantar ke
Calcutta untuk mendapatkan latihan menggunakan
payung terjun. Selepas tamat latihan, meraka dihantar balik ke Tanah
Melayu dengan menaiki pesawat tentera dan mendarat turun dengan payung terjun di
Grik, Perak dandi Kuala Lipis, Pahang.
Payung Terjun
Captain Ibrahim dengan tiga orang lagi askar Force 136 telah dihantar ke
Terengganu dengan kapal selam dan mendarat di Pulau Redang. Tentera Jepun kemudian mendapat tahu mengenai
pendaratan ini dan terus segera menangkap mereka. Nasib baik mereka berjaya
menperdayakan pihak tentera Jepun bahawa mereka mesti diberi kebenaran
menghantar signal ke Ceylon untuk menunjukkan mereka tidak
ditangkap oleh pihak Jepun dan mereka pula mendakwa orang yang dibenarkan
mendapat maklumat yang diluluskan oleh pihak British bagi diketahui oleh pihak Jepun. Adalah
difahamkan, pegawai tentera Jepun yang
mengendalikan kemelut itu dikatakan masih tidak percaya bagaimana dia telah dipedayakan.
Mohamed Roselan kemudian menerima perintah untuk dihantar
ke Tanah Melayu dengan menaiki kapal
terbang tentera dan mendarat dengan payung terjun di Ulu Lipis, Pahang.
Kesemuanya ada lapan orang yang dihantar termasuk beliau iaitu tiga orang
British, seorang wireless operator,
seorang berpangkat Captain dan
seorang berpangkat Major. Di situ mereka
telah menemui beberapa orang Melayu Pahang yang hendak berkhidmat dalam Force 136. Antaranya ialah Allahyarham Tun
Ghazali Shafie dan Allahyarham Kolonel Yeop Mahidin. Ghazali
Shafie akan masuk hutan berjumpa mereka dalam masa 2-3 hari sekali. Apabila
Jepun menyerah diri dalam bulan Ogos, 1945 Force
136 telah dibubarkan danketuapasukannya bernama Lt. Col. Hedley, telah dihantar ke Terengganu menjadi Pegawai
Daerah.
Pada tahun 1963 Mohamed Roselan diterima masuk pasukan Home Guard dan kemudian pada bulan
Oktober tahun yang sama memohon pula untuk memasuki Askar Wataniah. Kebetulan tiga orang panel temuduga itu
terdiri dari Dato’ Seri Khalil Hj Husein yang pada masa itu sedang berkhidmat di
Kementerian Pertahanan, seorang Brigedier bangsa Inggeris dan Allahyarham Kolonel Yeop Mahidin
yang juga akan mengetuai pasukan Tentera
Wataniah tersebut. Dato’ Seri Khalil menyebut bahawa beliau
banyak maklumat tentang pengalaman
Mohamed Roselan kerana keluarganya
sekampung dengan Khalil di Kg. Lawan Kuda, Gopeng, Perak menyebabkan Mohamed
Roselan berjaya dalam temuduga tersebut.
Sesungguhnya Mohamed Roselan adalah wira perang dunia
ke-2 yang kental dan cekal menjalani kehidupan tentera yang penuh dengan ranjau
berduri sehingga bersara tahun 1941. Kini walaupun berusia 89 tahun (2012)
tetapidia masih sihat dan menetap di rumah anaknya di Taman Ehsan, Kepong,
Selangor.
__________
Sumber: Dato’ Seri Mohamed Khalil Haji Hussein, No 7, Jalan Ampang Ulu
3, 55000 Kuala Lumpur
Foto
Ehsan: Haji Asrul Dahari