Tun Ismail Mohamed
Ali merupakan Gabenor Bank Negara
paling lama berkhidmat di Bank Negara iaitu selama 18
tahun dari tahun 1962 hingga 1980. Sepanjang tempoh itu tanda-tangannya tertera
di atas wang kertas yang dikeluarkan oleh negara. Beliau merupakan anak watan pertama yang memegang jawatan Gabenor Bank
Negara yang sebelumnya diisi oleh ekspatriat dari luar
negara.
Berasal dari ranah Rao, Sumatera Barat
Keluarga bapanya berasal dari Koto Rajo, Rao, Sumatera
Barat. Selain di Rao, terdapat sebahagian besar keluarga bapanya menetap di Kg
Paya Prupuk, Tanjung Pura, Langkat, 60 km dari Medan, Sumatera Utara. Penulis
pernah menemui beberapa orang keluarga bapa Tun Ismail di Langkat yang
berhijrah dari Koto Rajo. Kebanyakan penduduk Kg. Paya Prupuk terdiri dari
orang Melayu berketurunan Rao. Gaya kehidupan mereka menyamai masyarakat Rao di
Malaysia baik dari segi busana, makanan dan adat resam. Di kampung ini penulis
menemui juga keluarga Almarhum Yusof Rawa[1].
Siti Ezaleila
Mustafa menyebutkan bahawa;
”Tun
Ismail Ali dianggap tokoh menjadi lambang
bagi kejayaan ekonomi dan
kewangan negara. Dengan menjadi
Gabenor Bank Negara (1962 hingga 1980),
beliau terlibat secara langsung dalam pembangunan ekonomi negara yang menyaksikan perubahan daripada
negara Dunia Ketiga yang terkebelakang menjadi
antara negara yang utama dalam
industri dan ekonomi Asia. Kehadirannya dalam pentadbiran ekonomi
negara sering dikaitkan dengan ketelusan
kewangan, akauntabiliti, integriti dan pentadbiran yang baik.”[2]
Sebelum menjawat portfolio Gabenor Bank Negara, Tun pernah berkhidmat sebagai
Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri
Selangor pada tahun 1948. Kemudian sebagai Penolong Setiausaha di
Jabatan Ekonomi, Perbendaharaan, pegawai ekonomi di Pulau Pinang dan Jabatan Perdagangan di Kementerian Perdagangan dan Industri. Di antara tahun 1957 hingga 1960, Tun dilantik sebagai Menteri di
Kedutaan Malaya di Washington DC, Amerika Syarikat. Serentak
dengan itu, Tun merupakan Pengarah Eksekutif
International Bank for Reconstruction and
Development di Amerika Syarikat.
Apabila kembali ke Malaya pada tahun 1960, Tun dilantik sebagai Timbalan
Gabenor Bank Negara sebelum
dinaikkan pangkat dua tahun kemudian sebagai Gabenor Bank Negara dan memegang jawatan itu selama
18 tahun dari tahun 1962 hingga 1980.
Selepas bersara daripada Bank Negara, Tun dilantik menjadi Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan apabila bersara daripada PNB,
Tun dilantik pula sebagai penasihat organisasi
ekonomi bumiputera itu sehinggalah Tun
kembali ke rahmatullah ketika berusia
80 tahun pada 6 Julai
1998. Tun meninggalkan nama yang
harum sebagai pentadbir kewangan negara
yang terulung.
Kursi Tun Ismail di Universiti Malaya
Sebagai penghargaan negara atas sumbangan besarnya, Kursi
Tun Ismail Ali dalam
ekonomi kewangan telah diwujudkan
di Universiti Malaya. Kursi itu ditaja
oleh Bank Negara yang memperuntukkan
RM12 juta kepada universiti tersebut dengan
tujuan untuk meningkatkan
kecemerlangan akademik dalam bidang
yang diceburi langsung oleh Tun
iaitu monetary dan
ekonomi kewangan.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan...
ReplyDeleteBoleh ke Tuan kongsikan dgn sy dgn siapa Tuan berjumpa semasa lawatan ke Paya Perupok tu.Besar hati sy jika Tuan dpt beri sy no.contact yg dpt sy hubungi untuk dptkan maklumat lanjut berkaitan Teromba Rao Tanjung Pura yg sy jumpa dipublishkan oleh Jari Bersurek di blognya. Email sy farisnurita@yahoo.com. Terima kasih