Tun Ismail Mohamed 
Ali merupakan Gabenor  Bank Negara
paling lama  berkhidmat di Bank  Negara iaitu selama  18 
tahun dari   tahun  1962 hingga 1980.  Sepanjang tempoh itu tanda-tangannya tertera
di  atas wang kertas yang  dikeluarkan oleh  negara. Beliau merupakan anak watan  pertama yang memegang jawatan Gabenor  Bank 
Negara  yang  sebelumnya diisi oleh ekspatriat dari  luar 
negara.
 Berasal dari ranah Rao, Sumatera Barat
Keluarga bapanya berasal dari Koto Rajo, Rao, Sumatera
Barat. Selain di Rao, terdapat sebahagian besar keluarga bapanya menetap di Kg
Paya Prupuk, Tanjung Pura, Langkat, 60 km dari Medan, Sumatera Utara. Penulis
pernah menemui beberapa orang keluarga bapa Tun Ismail di Langkat yang
berhijrah dari Koto Rajo. Kebanyakan penduduk Kg. Paya Prupuk terdiri dari
orang Melayu berketurunan Rao. Gaya kehidupan mereka menyamai masyarakat Rao di
Malaysia baik dari segi busana, makanan dan adat resam. Di kampung ini penulis
menemui juga keluarga Almarhum Yusof Rawa[1].
Siti Ezaleila 
Mustafa menyebutkan bahawa;
”Tun
Ismail Ali dianggap tokoh menjadi lambang 
bagi  kejayaan  ekonomi dan 
kewangan  negara. Dengan menjadi
Gabenor Bank  Negara (1962 hingga 1980),
beliau terlibat secara  langsung dalam pembangunan  ekonomi negara yang  menyaksikan perubahan  daripada 
negara Dunia  Ketiga yang  terkebelakang   menjadi 
antara negara  yang  utama dalam 
industri dan  ekonomi  Asia. Kehadirannya dalam pentadbiran ekonomi
negara sering dikaitkan dengan  ketelusan
kewangan, akauntabiliti, integriti dan pentadbiran yang baik.”[2]
Sebelum menjawat portfolio Gabenor Bank  Negara, Tun pernah berkhidmat sebagai
Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri 
Selangor pada tahun 1948. Kemudian sebagai Penolong Setiausaha di
Jabatan Ekonomi, Perbendaharaan, pegawai ekonomi di  Pulau Pinang dan Jabatan Perdagangan di  Kementerian Perdagangan dan  Industri. Di antara tahun 1957  hingga 1960, Tun dilantik sebagai  Menteri di 
Kedutaan  Malaya di  Washington DC, Amerika Syarikat. Serentak
dengan itu, Tun merupakan Pengarah  Eksekutif
International Bank for Reconstruction  and
Development di Amerika Syarikat.
Apabila kembali ke Malaya pada tahun  1960, Tun dilantik sebagai  Timbalan 
Gabenor Bank  Negara sebelum
dinaikkan  pangkat dua tahun  kemudian sebagai Gabenor Bank  Negara dan memegang jawatan  itu selama 
18  tahun dari  tahun 1962 hingga  1980.
Selepas bersara daripada Bank Negara, Tun dilantik  menjadi Pengerusi   Permodalan Nasional  Berhad (PNB) dan apabila bersara daripada PNB,
Tun dilantik pula sebagai  penasihat organisasi
ekonomi bumiputera itu sehinggalah  Tun
kembali ke  rahmatullah ketika berusia
80  tahun pada  6 Julai 
1998. Tun meninggalkan nama  yang
harum sebagai  pentadbir kewangan  negara 
yang  terulung.
Kursi Tun Ismail di Universiti Malaya 
Sebagai penghargaan negara atas sumbangan besarnya, Kursi
Tun  Ismail Ali  dalam 
ekonomi  kewangan telah diwujudkan
di  Universiti Malaya. Kursi itu ditaja
oleh Bank Negara yang  memperuntukkan
RM12 juta  kepada universiti tersebut  dengan 
tujuan  untuk  meningkatkan 
kecemerlangan akademik dalam bidang 
yang diceburi langsung oleh Tun 
iaitu monetary  dan 
ekonomi  kewangan.    

 
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan...
ReplyDeleteBoleh ke Tuan kongsikan dgn sy dgn siapa Tuan berjumpa semasa lawatan ke Paya Perupok tu.Besar hati sy jika Tuan dpt beri sy no.contact yg dpt sy hubungi untuk dptkan maklumat lanjut berkaitan Teromba Rao Tanjung Pura yg sy jumpa dipublishkan oleh Jari Bersurek di blognya. Email sy farisnurita@yahoo.com. Terima kasih