Dahari Ali: 
Pejuang MALINDO
Allahyarham Dahari Ali atau
Buyong Dahari  dilahirkan di Kampong
Sengat, Simpang Pulai, Perak pada hari Selasa 6 Jun 1922 bersamaan dengan 10 Syawal
1340 Hijrah. Nama sebenarnya ialah Mohamed Dahari  bin Haji Mohd Ali, anak bongsu dari empat
orang adik-beradik. 
            Bapanya,
Haji Mohd Ali bin Haji Mohd Yassin, seorang peruncit yang memiliki dua kedai
runcit yang terletak  di Kampong Sengat
dan di Sengat Estate, ladang getah kepunyaan Inggeris. Ibunya,  Hajjah Aliah binti Haji Mohd Noor, juga
seorang peruncit yang berniaga bersama-sama suaminya. Ninda sebelah ibunya
berasal dari Lubok  Aro  manakala nenek  moyang  yang
lain pula berasal dari Padang  Mentinggi.
Kedua-dua tempat tersebut terletak di Rao Pasaman, Sumatera Barat.
Dahari
mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampong Kepayang hingga Darjah 7,
kemudian  memasuki  Sekolah Anderson di Ipoh.  Dia bercita-cita untuk  melanjutkan pelajaran  di Raffles College, Singapura,   namun demikian sebelum menduduki peperiksaan
itu, bapanya meninggal dunia  menyebabkan
keputusan  Junior Cambridgenya  tidak
memuaskan dan gagal memenuhi syarat kemasukan ke Raffles  College.
Bergiat dalam Politik
Lantaran
itu Dahari menceburi arena politik pra merdeka, seawal dua puluhan dan dilantik
sebagai Setiausaha Agung  Parti
Kebangsaan  Melayu Malaya  (PKMM)  yang
pertama. Bersama-sama Dr  Burhanuddin
Al-Helmi,  Ibrahim Yaakob,  Ishak Haji Muhammad (Pak Sako),  Ahmad Boestamam, dan Ibrahim Karim yang
digelar “The Unsung Heroes of Malayan
Independence”, Dahari berjuang menentang penjajah untuk kemerdekaan Tanah Melayu.
Kegiatannya tidak hanya terbatas di tanah air sendiri tetapi melebar ke “tanah
seberang”; Sumatera.  Justeru padabulan
Mei 1946  dia  menaiki bot dari Singapura ke sana.
Di
Sumatera,   Dahari  ditauliahkan sebagai Leftenan II, Tentera
Republik Indonesia berpengkalan  di  Bukittinggi yang  berkhidmat 
bersama anak-anak Malaya yang telah pun berada di sana.  Pada mulanya dia berkhidmat dengan Kapten Aga[1]
dan kemudian, dengan Major Abdul Karim Rashid yang  bersara 
berpangkat Major Jeneral  dalam Tentera
Nasional Indonesia.  
Di
antara sahabatnya  di Sumatera yang
berasal dari Tanah Melayu ialah Zulkifli Ownie, anak Manong, Perak  yang bermastautin di Medan dan  kemudian  bersara  dari Tentera Nasional  Indonesia 
dengan pangkat Kolonel. Padamasa 
itu  ramai  anak Malaya memilih kerakyatan Indonesia  kerana 
bencikan  Inggeris yang  menguasai Tanah Melayu,  antaranya 
termasuklah Lt. Jeneral Abdullah Kamil dan Lt. Jeneral Shamsudin Noer.
 Manakala anak Indonesia yang turut sama
berjuang dengan Dahari Ali di Sumatera termasuklah Saiful Bahri, pemuzik
Minangkabau  yang pernah berkhidmat
dengan Orkestra Radio Televisyen Malaysia (RTM) satu ketika dahulu. 
Memasuki UMNO 
Dahari  masuk
menjadi ahli  UMNO  setelah menerima borang keahlian  daripada  
Hamzah  Alang yang memujuknya
dengan  menyebut:  “Dahari, you
 jadi ahli sajalah, di mana orang UMNO
ada, you ada”.  Setelah menjadi ahli UMNO, dia  bersama 
Dato’ Abdul Aziz  Ishak[2]  dan  beberapa
orang  pemimpin negeri  menerajui UMNO Selangor. 
Tepatjam 3.00 pagi 
pada 20 Ogos 1959  Dahari Ali
diistiharkan   menang  kerusi 
Parlimen Kuala Selangor  oleh
Pegawai  Suruhanjaya Piliharaya  ketika itu, Dato’ Tahir Abdul Rahim[3]. Selain
sebagai Ahli Parlimen, Dahari pernah dilantik menganggotai Jawatankuasa
Pelajaran Negeri Selangor, Ahli Jawatankuasa Marin Pelabuhan Kelang dan Pengerusi
Jawatankuasa Ahli-ahli Parlimen Perikatan mengenai Kesihatan.
Selanjutnya, 
bermula bulan Mac hingga Jun 1960, Dahari Alidilantik menjadi Ahli
Jawatankuasa Penyata  Rahman  Talib  bagi
menyemak semula dasar pelajaran kebangsaan. Jawatankuasa ini membentuk lima
buah Jawatankuasa lain iaitu  professional,
 kewangan, pentadbiran, pembekalan dan latihan
 guru & pengajaran agama.  Apa yang mengembirakan Dahari ialah bapa saudaranya,
Dato’ Zainal Abidin Ali turut menjadi ahli jawatankuasa tersebut.
Sepanjangmenjadi Ahli Dewan Rakyat,  Dahari  mewakili
Perikatan menghadiri persidangan penyelesaian  pertikaian  pencerobohan  China ke atas Tibet yang  diadakan di New Delhi, India pada bulan April
1960.   Pada tahun 1961, beliau  mengetuai rombongan Malaya ke Nigeria untuk menghadiri
perayaan kemerdekaan negara itu dan melawat Ghana dan  Seirra Leonne.
Keluar  UMNO
Dahariturut 
keluar  UMNO  apabila 
Abdul Aziz  Ishak dipecat oleh Tunku
 Abdul Rahman Putra Al-Haj daripada UMNO.
 Hal ini terjadi  kerana 
dia  merupakan  sahabat 
sejati   Aziz Ishak  yang 
pernah  sama-sama  berkerja 
semasa  di Utusan Melayu  Singapura. 
Sebaik sahaja meninggalkan UMNO,   Aziz Ishak merangka perlembagaan parti baru yang  bernama Parti Perhimpunan Rakyat atau National Convention Party dan persediaan
bagi pelancaran parti itu di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada 14 Julai 1963.
            Di samping  berpolitik, Dahari terlibat juga  dalam 
bidang  kewartawanan. Dia pernah berjinak-jinak
dengan  akhbar Suara Rakyat serta  menjadi
wakil Utusan Melayu di Ipoh sebelum  berkerja  dengan Utusan
Melayu  di Singapura. Kemudian  ditukarkan ke  Kuala Lumpur   setelah 
berselisih faham  dengan Yusof
Ishak[4], Ketua
Pengarang Utusan Melayu, mengenai  liputan berita pertabalan Ratu Elizabeth.
Pada tahun 1958,  Dahari  berpeluang
mendalami  ilmu kewartawanan  di Australia serta berkesempatan  berkhidmat dengan beberapa akhbar di Perth,
Melbourne dan Sydney. Kursus ini berjalan 
selama enam bulan dan  dibiayai  dengan biasiswa Colombo Plan. 
Ketika di Kuala Lumpur pula,  Dahari   berkerja 
dengan  akhbar Melayu yang barumuncul  pada masa itu seperti  Berita
Harian  dan kemudian  apabila 
memasuki akhbar  The Straits Times,  dia pernah dilantik sebagai  Reporter
, Chief 
Reporter  dan  Chief
News Editor.  Jawatan terakhir
sebelum dia bersara pada tahun 1982 daripada akhbar The New Straits Times ialah  Assistant to Editor-in-Chief.
Sesungguhnya pada 13 Januari 1986  bersama 2 
Jamdiawal 1406,   Dahari Ali  pulang menemui Allah S.W.T  setelah bertahun-tahun  mencurahkan 
bakti kepada nusa yakni Tanah Melayu dan Sumatera; bolehlah disifatkan
bahawa beliau patut dinobatkan sebagai Pejuang Malindo (Malaysia-Indonesia)
Sumber:  Haji Asrul Bin Dahari, 42 Jalan Setiawangsa
3, Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur
[1] Kapten Abdul Ghani bin
Dato’ Abu Samah,  abang  bekas 
Menteri  Kabinet,  Tan Sri Hamzah  Abu 
Samah
[2]  Bekas 
Menteri Pertanian  semasa Kabinet
Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, anak kelahiran Terong, Perak yang  juga adik kepada mantan Presiden Singapura
yang pertama iaitu Yusof Ishak.
[3]Pernah
menerajui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
[4] Presiden pertama Singapura

 


