oleh Zabidin Hj Ismail
 Tun Dr Ahmad  Sarji Abdul  Hamid dilahirkan  pada 16  September 1938 di  Kampung  Batu  Tiga, Jalan  Temoh,Tapah, Perak.  Menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Pasir Puteh, Ipoh (1946) kemudian ke Sekolah Melayu Kg. Batu Tiga, Tapah dan Sekolah Melayu, Tapah (1947-1949). Seterusnya beliau belajar di Government English School, Tapah (1949-1955), Anderson School, Ipoh (1956-1957) sebelum ke Universiti Malaya pada tahun 1957 hingga 1960 dan memperolehi Ijazah B.A (hons). Beliau menyambung pelajaran di Institute of Social Studies, The Hague Netherlands (1966-1967) dengan memperolehi Diploma in Public Administration with credit sebelum ke Universiti Harvard, Amerika Syarikat pada tahun 1970-1971 serta berjaya meraih ijazah Master in Public Administration.
Tun Dr Ahmad  Sarji Abdul  Hamid dilahirkan  pada 16  September 1938 di  Kampung  Batu  Tiga, Jalan  Temoh,Tapah, Perak.  Menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Pasir Puteh, Ipoh (1946) kemudian ke Sekolah Melayu Kg. Batu Tiga, Tapah dan Sekolah Melayu, Tapah (1947-1949). Seterusnya beliau belajar di Government English School, Tapah (1949-1955), Anderson School, Ipoh (1956-1957) sebelum ke Universiti Malaya pada tahun 1957 hingga 1960 dan memperolehi Ijazah B.A (hons). Beliau menyambung pelajaran di Institute of Social Studies, The Hague Netherlands (1966-1967) dengan memperolehi Diploma in Public Administration with credit sebelum ke Universiti Harvard, Amerika Syarikat pada tahun 1970-1971 serta berjaya meraih ijazah Master in Public Administration.Pada tahun 1994 Tun dianugerahkan Ijazah Kehormat Doctor of Science (Management) daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) atas sumbangannya dalam lapangan pentadbiran dan pengurusan awam. Kemudian pada tahun 1995, The Nottingham- Trent University, United Kingdom pula menganugerahkan beliau Ijazah Kehormat Doctor of Business Administration kerana mengiktiraf jasa-jasa beliau mempereratkan hubungan antara perkhidmatan awam dan sektor swasta menerusi Pensyarikatan Malaysia dan peranannya di dalam Malaysia Business Council.
Pada tahun 2000 Universiti Malaysia Sarawak turut menganuagerahkan Ijazah Kehormat Doctor of Letters kepada beliau kerana sumbangannya dalam penubuhan awal universiti tersebut di samping mengiktiraf usaha-usaha beliau memperkembangkan khazanah seni Negara.
Enam tahun kemudian (2006), Tun dianugerahkan pula Ijazah Kehormat Doctor in Management daripada Universiti Islam Antarabangsa kerana menghargai sumbangan beliau dalam sektor awam dan korporat di Negara ini.
Kerjaya Tun di dalam perkhidmatan awam bermula pada 10 Januari 1961 sebagai Timbalan Penolong Pegawai Daerah Klang, Selangor sehinggalah menjawat jawatan tertinggi dalam perkhidmatan Kerajaan iaitu Ketua  Setiausaha Negara dari  tahun 1990 hingga  September 1996. 
Semasa di  bawah  pimpinan  beliaulah reformasi  pentadbiran awam  telah terakam dalam sejarah  negara melalui  langkah-langkah strategiknya yang meliputi penggubalan dan pelaksanaan pekeliling-pekeliling kemajuan pentadbiran awam. Peminat  buku  dan  seni ini  juga  bertanggungjawab memperkenalkan Skim Saraan Baru (SSB)  kepada kakitangan  awam   pada  1 Januari  1992. Pelaksanaan SSB  telah  membawa perubahan  struktur yang drastik dalam  perkhidmatan awam serta pelbagai  kemudahan yang  berkait dengan  struktur gaji, elaun dan  kemudahan-kemudahan lain (Siti Ezaleila Mustafa, 2009: 50).
Sumbangan Tun  dalam bidang  pentadbiran ketara  dengan penglibatannya kini  sebagai Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) semenjak tahun 1992; Pengerusi Permodalan Nasional  Berhad (PNB) dari tahun 1996, Pengerusi SPPK dari tahun 1997; Pengerusi Petaling Garden Berhad mulai tahun 1999; Pengerusi Northport Corporation dari tahun 2000; Timbalan Pengerusi Sime Darby Bhd., dari bulan Oktober 2007; Pro-Canselor Universiti  Tun  Abdul  Razak (Unitar) sejak tahun 2003 dan Profesor Adjung di  Universiti Pendidikan  Sultan Idris (UPSI) mulai 2007 di samping menyandang hampir 20 jawatan di pelbagai entiti korporat, badan-badan  sukan, warisan dan sebagainya.
Kesibukannya berbakti kepada  bangsa dan  negara tidak  menghalang beliau  untuk menghasilkan buku  tentang pentadbiran dan  perkhidmatan awam mahupun  bidang  kesenian. Beliau mempunyai  semangat  membaca dan menyelidik yang luar  biasa  sehingga terhasil pelbagai  jenis  buku.
Di  antara buku  yang dihasilkannya  termasuklah  Towards a World Class Malaysian Civil Service (INTAN, 1996), Circulars on Administrative Reforms in The Civil  Service of  Malaysia 1991-1996 (MAMPU, 1996), Civil Service Reforms: Towards Malaysia’s  Vision 2020 (Pelanduk  Publications, 1996), Perkhidmatan Awam Menuju Era  Baru (INTAN, 1996) dan Arah-arah Strategik Perkhidmatan  Awam di  Malaysia (INTAN,  1995).
Beliau  merupakan penggemar dan peminat  setia lagu dan filem Seniman Agung  P.Ramlee sehingga  berhasil  menulis sejumlah  besar  buku tentang  seniman terbilang  ini. Di  antara buku yang dihasilkannya  berkaitan dengan  Seniman Agung  P.Ramlee  ialah  Air  Mata di Kuala  Lumpur (1996), Gelora (1995), Irama  Lagu  P.Ramlee:  Lagu-lagu Filem 1948-1960 (1994) dan Erti  Yang  Sakti (1999). Beliau  juga  menghasilkan  autobiografi  kisah  hidupnya sendiri  terbitan MPH.
Atas keterlibatan dalam sektor awam, korporat, bidang pendidikan, warisan budaya, lapangan sukan dan bidang keagamaan, Tun telah menerima pelbagai anugerah seperti Director of the Year (1999) daripada Malaysian Institute of Directos, Tokoh Maal Hijrah 1420/1999 oleh Kerajaan, Anugerah Kepimpinan Sukan 2006 oleh Majlis Sukan Malaysia, Tokoh Melayu Terbilang (2008) daripada UMNO Malaysia, Brand Personality Award (2008) oleh Asia Pacific Brands Foundation, Anugerah Khas (2008) daripada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan Anugerah Tokoh Sukan UKM (2009) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sesungguhnya Tun merupakan anak kandung Rao yang cemerlang lagi gemilang.
__________
Rujukan:
Tun (Dr) Ahmad Sarji Abdul Hamid
 
No comments:
Post a Comment