Friday 6 May 2011

DATO' HUSSAMUDDIN YAACOB: pemilik akhbar terlaris di Malaysia



oleh Zabidin Hj Ismail

Dato’  Hussamuddin Yaacob  adalah  tokoh Melayu Rao  dari Kelantan yang merupakan    pemilik  Kumpulan Karangkraf  Sdn. Bhd.  yang juga  penerbit majalah  dan akhbar  terbesar di  Malaysia. Syarikat  ini  mempunyai  anak-anak  syarikat  yang fungsinya berbeza iaitu  Alaf  21, Ultimate Print, Prima Sdn.Bhd dan  banyak  lagi
Syarikat  Kumpulan Karangkraf  Sdn.Bhd.   menerbitkan 32  akhbar  dan majalah  yang  terkenal    dan  berpengaruh  di  Malaysia. Di  antaranya termasuklah  akhbar  Sinar  Harian, Mingguan  Wanita,  Mingguan  Bintang Kecil, dan  majalah-majalah  seperti  Majalah  I, Remaja,  Sarina,  Fokus,  dan pelbagai  majalah  lain.
Menerusi  syarikatnya Alaf 21, beliau menerbitkan   pelbagai jenis  buku pengetahuan umum, novel-novel  popular  dan  sebagainya  yang  menguasai  pasaran buku di Negara ini. Profil  dan  ketokohan beliau  dalam industri  penerbitan buku  di  negara ini  pernah disiarkan  dalam ruangan  Majalah  Tiga  terbitan TV3   beberapa  tahun dahulu.
Sumbangan dan  kerja keras Dato’ Hushamuddin Yaacob dan adik-beradiknya membangunkan Karangkraf Sdn.Bhd. memungkinkan lahirnya pelbagai golongan penulis dan sasterawan  yang menyumbangkan  tulisan-tulisannya dalam pelbagai akhbar, majalah ,buku, novel dan  penerbitannya.
Hal  ini  mendorong  lahirnya peningkatan  daya  kreativiti  dan kegiatan karang-mengarang rakyat  Malaysia untuk menulis dan  menghasilkan   novel-novel  popular yang  laris  jualannya di  Malaysia.     Penerbitan  novel  popular menerusi  syarikatnya Alaf 21 mendorong   novel-novel terbitannya  menguasai  pasaran buku dan  novel  di  negara ini  apalagi  syarikat bumiputera miliknya  memberi   sumbangan berkesan  kepada industri  penerbitan di  negara  ini.
Dato’ Hussamuddin Yaacub mendapat  ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari  Universiti Kebangsaan Malaysia UKM)  pada tahun 1978. Beliau  selaku Pengarah Urusan (CEO) Karangkraf  Sdn.Bhd. yang  menggerakkan penerbitan media penerbitan  dan percetakan  terbesar di  Malaysia yang  mempunyai  tenaga pekerja  seramai 1400  orang  yang  menyumbangkan  pendapatan syarikat  RM300 juta setahun.
Beliau  selaku  Pengarah Urusan  Kumpulan Karangkraf Sdn.Bhd menggerakkan 32  penerbitan  majalah dalam bahasa Melayu. Ultimate  Print Sdn.Bhd.  merupakan syarikat penerbitan komersial   terbesar  di  samping anak-anak  syarikatnya yang  lain. Akhbar Sinar  Harian terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn.Bhd. mencatatkan jualan tertinggi akhbar  harian berbahasa  Melayu.
Secara spesifiknya  majalah terbitan Kumpulan  Karangkraf ialah   Pesona  Pengantin, Media  Hiburan, G3,   Pa & Ma, Dara.com, Maskulin,  Nur, Majalah  i, Impiana, Fokus  SPM, Rasa, Nona, Yezz, Laman  Impiana, E-Baca, Dapur Impiana, Arena  Bola  Sepak, Majalah PC,  Seri Dewi & Keluarga, E@Siswa, Midi, Remaja, Rapi, Klik dan  Libur. Manakala  akhbar terbitan Kumpulan Karangkraf   termasuklah  Mingguan Wanita,  Bacaria, Bintang Kecil dan  akhbar  Sinar  Harian.
Dato’ Hussamuddin Yaacub  menggerakkan penubuhan Yayasan Nur Karangkraf  yang bertujuan  memberi bantuan kewangan kepada ibu tunggal dan  golongan  tidak bernasib  baik. Beliau  dan syarikatnya  juga  menubuhkan Dana Pendidikan Karangkraf  yang bakal   menaja 300  orang pelajar pada setiap  tahun untuk meringankan  kesulitan mereka belajar.
Bapa yang  kepada enam  orang  anak ini menerima anugerah kurniaan Dato’ oleh Duli  Yang Maha  Mulia  Sultan  Pahang  pada November  2007  di atas  sumbangannya dalam bidang  penerbitan dan kerjayanya selama  ini.
_______ 

Rujukan:  
Hjh Ailin Ton Dato' Isahak, Naib Yang Dipertua 2 Persatuan Jalinan Rao Malaysia (JARO)

2 comments:

  1. ASALAMUALAIKUM Dato'.. saya Anuar Ahmad dari Kamunting Taiping Perak. ingin minta penjelasan dari Dato' agar dapat menyelesaikan masalah kecil bagi Sinar Harian tetapi bagi saya ianya sesuatu yang mungkin boleh diperbesarkan jika tidak difahami atau tiada sumber yang tepat mengenai masalah saya ini... Minta jasa baik Dato' agar dapat membaca dan menilai apa yang saya nak tanya.. dan kalau boleh saya ingin dapatkan penjelasan.. kerana jawapan yang pernah diterima oleh saya dari wakil Sinar Harian kurang memuaskan hati.. masalahnya: Minggu lepas hari Sabtu 18 Februari 2012 jam 7:30 pagi berlaku kemalangan jalan raya ngeri di Kamunting Taiping Perak. Kemalangan yang melibatkan 3 kenderaan, telah menyebabkan seorang pekerja lori sampah dihempap dan meninggal ditempat kejadian.. Untuk pengetahuan Dato' saya adalah Jurugambar bebas (Freelence Photographer)yang sempat merakamkan detik detik kemalangan itu sehingga berita tersebut dipaparkan dihalaman depan Sinar Harian keluaran 19 Februari 2012(Ahad) keesokkan harinya.. malah dalam pada itu di mukasurat 21 juga disiarkan gambar dan sinopsis yang telah saya bagi pada wakil Sinar Harian (Larut Matang & Selama) Puan Ismaniza.. namun setelah Pihak Sinar Harian menerima gambar tersebut dan memaparkannya kepada publik dan jualan untuk Sinar Harian pada hari tersebut "Sold Out" dimana mana tempat pun habis bermaksud kemalangan tersebut merupakan topik utama pada hari itu.. JADI soalan saya pada Dato'..., "tiadakah" sebarang bayaran atau saguhati kepada pemberi maklumat atau info yang telah memberi bahan kepada pihak Sinar Harian..??? sedangkan Sinar Harian dapat duit apabila akhbarnya laris tetapi pemberi bahan atau sumber tiada dapat apa apa.. minta Dato' tolong jawab.. saya ada bukti gambar itu hak milik saya sepenuhnya.. maaf kerana masalah ini melibatkan Dato'.. segala kerjasama yang Dato' berikan dalam menyelesaikan persoalan ini, saya ucapkan terima kasih.. saya boleh dihubungi di talian 017-5448830 atau FB: Anuar Ahmad atau: Nurishaphoto@gmail.com.

    ReplyDelete
  2. Akhbar sinar harian terbaek di antara akhbar2 berita yg lain.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...