Tun Dr.Siti Hasmah Mohd.Ali merupakan tokoh perubatan dan kebajikan. Beliau dilahirkan pada 12 Julai 1926 di Kampung Jawa, Kelang, Selangor.Bapanya, Haji Mohd.Ali bin Taib adalah pegawai kerajaan manakala ibunya Hajah Siti Khatijah binti Ahmad,seorang suri rumah tangga.Siti Hasmah merupakan anak keenam dalam kekuarga. Di antara adik-beradiknya yang lain ialah Tun Ismail Ali, Datuk Ahmad Razali Ali dan Hashim Ali.Beliau masih mempunyai kaum-kerabat di daerah Kota Raja, Tanah Rao, Pasaman, Sumatera Barat dan Medan, Indonesia.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Perempuan Methodist Kuala Lumpur (1932-1933). Kemudian beliau bersekolah di St.Mary’s Kuala Lumpur (1934-1941) dan Pudu English School Kuala Lumpur sehingga lulus Cambridge Overseas School Certificate. Pada tahun 1947,
Siti Hasmah melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya,Singapura dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (M.B.B.S) pada tahun 1955.
Pada tahun tersebut, hanya empat orang pelajar Melayu yang memperoleh Ijazah Perubatan, termasuklah Dr.Mahathir bin Mohamad. Siti Hasmah adalah satu-satunya pelajar wanita dalam bidang perubatan. Beliau juga merupakan wanita Melayu yang kedua memperoleh ijazah perubatan. Wanita Melayu pertama menjadi doktor perubatan ialah Dr.Salma Ismail dari Alor Setar,Kedah.
Setelah tamat pengajian di Universiti Malaya, Siti Hasmah berkhidmat sebagai doktor pelatih di Hospital Besar Kuala Lumpur (1955-1956. Beliau berkahwin dengan Dr.Mahathir Mohamad pada 5 Ogos 1956. Beliau kemudiannya berpindah ke Hospital Besar Alor Setar sebagai pegawai perubatan.
Pada tahun 1962, Siti Hasmah bertugas sebagai Pegawai Perubatan Kedah Utara..Pada tahun 1963, beliau memangku jawatan Penguasa Hospital Besar Alor Setar dan dengan pelantikan itu, beliau merupakan wanita Melayu yang pertama menyandang jawatan tersebut.
Pada tahun 1965, Siti Hasmah dilantik sebagai Pegawai Kesihatan dan Anak di Pejabat Kesihatan Kedah Utara.Pada tahun 1966, dia ke Amerika Syarikat untuk mengikuti kursus Perancang Keluarga di Population Planning Centre, Ann Arbor, Michigan. Pada tahun yang sama, beliau bertugas sebagai Pegawai Kesihatan Kedah hingga tahun 1967. Pada tahun 1968, beliau berkhidmat sebagai Pegawai Kesihatan Kubang Pasu, sekali gus sebagai Pengetua Sekolah Latihan Kesihatan Luar Bandar di Jitra, Kedah hingga tahun 1974.
Beliau juga merupakan wanita pertama yang dilantik sebagai Pegawai Kesihatan Ibu dan Kanak-kanak Negeri Kedah apabila dilantik ke jawatan tersebut pada tahun 1974.Siti Hasmah kemudiannya menilih untuk bersara daripada perkhidmatan kerajaan apabila kontrak perkhidmatannya tamat pada tahun 1974’. Selepas itu beliau menjadi pensyarah sambilan di Institut Kesihatan Umum dan Fakulti Pergigian Universiti Malaya.
Siti Hasmah juga amat prihatin terhadap kegiatan sukarela. Beliau menjadi Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri Menteri- menteri (BAKTI). Beliau juga penaung bagi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan beberapa pertubuhan sukarela yang lain.
Tun Dr.Siti Hasmah telah menghasilkan beberapa buah buku.antaranya ialah Wanita,Adat dan Kesihatan (2 jilid) yang memuatkan koleksi kertas kerjanya antara tahun 1975 hingga tahun 1978. Beliau juga banyak membentangkan kertas kerja dalam seminar peringkat kebangsaan dan antarabangsa, di samping menyumbang tulisan untuk penerbitan dalam bidang penerbitan. Selain itu, beliau juga meminati muzik, nyanyian dan tarian asli. Pada tahun 1997, beliau dilantik menjadi Canselor Universiti Multimedia Malaysia.
Terima kasih banyak Aky Ternyata Angka jitu hasil Ritual KI JAYA Yang saya minta ternyata Tembus SINGAPUR 4d JUMAT 23 MEI 2014 DENGAN ANGKA 0215 Puji TUHAN SAYA mendapatkan kemenangan 750 JUTA. Sampai-sampai saya mengeluarkan Air mata, SAYA sangat terharu, bahagia dan bersyukur kpd TUHAN Yang Maha Esa. Skrng SAYA sudah memiliki modal untk buka usaha sendiri dan sdh membeli Rumah dan yg paling utama SAYA tdk Terlilit Utang lagi sewaktu SAYA menjadi pegawai pabrik. Jgn pikirkan lagi, langsung hub “KI JAYA” Di (((085-321-606-847_))) Terimakasih banyak Aky Semoga TUHAN membalas kebaikan Anda
ReplyDeleteGreetings and Good Day !
ReplyDeleteWe are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).
We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
Lady doctor
MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
Possess valid Annual Practicing Certificate
Registered with Malaysia Medical Council
Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
Attended an Obstetric Life Saving Skill
Attended A Neonatal Resuscitation Program
Working hours negotiable with minimum on-call
Very attractive salary RM7,000 (starting)
Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com
Clinic information:-
PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
NO. 12 JALAN SL 1/13
BANDAR SUNGAI LONG
43000 KAJANG
SELANGOR
TEL / FAX: 03-90114833
Sender:-
Ir. Aznial Rahmat
Director
KASIH Group
012 312 9264
aznial@gmail.com