Friday 6 May 2011

TUN DR SITI HASMAH MOHD ALI: tokoh wanita Malaysia tersohor

Oleh Dr Talib Samat  
Tun Dr.Siti  Hasmah  Mohd.Ali  merupakan  tokoh perubatan dan  kebajikan. Beliau dilahirkan pada  12 Julai  1926 di  Kampung Jawa, Kelang, Selangor.Bapanya, Haji Mohd.Ali  bin  Taib adalah  pegawai kerajaan  manakala ibunya Hajah  Siti Khatijah binti Ahmad,seorang suri  rumah tangga.Siti  Hasmah merupakan  anak  keenam dalam  kekuarga. Di  antara adik-beradiknya yang  lain  ialah Tun Ismail  Ali, Datuk Ahmad Razali Ali dan Hashim  Ali.Beliau  masih  mempunyai  kaum-kerabat di daerah Kota Raja,  Tanah  Rao, Pasaman, Sumatera  Barat  dan  Medan, Indonesia.              Beliau   mendapat  pendidikan awal di  Sekolah Perempuan Methodist Kuala Lumpur (1932-1933). Kemudian  beliau bersekolah di  St.Mary’s Kuala  Lumpur (1934-1941) dan  Pudu  English  School Kuala  Lumpur sehingga lulus Cambridge Overseas School Certificate. Pada  tahun  1947,                                                  Siti  Hasmah melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya,Singapura dan  memperoleh ijazah  Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana  Muda Pembedahan (M.B.B.S) pada tahun  1955. Pada tahun  tersebut, hanya empat  orang pelajar  Melayu yang  memperoleh Ijazah  Perubatan, termasuklah  Dr.Mahathir bin Mohamad. Siti  Hasmah  adalah satu-satunya  pelajar  wanita  dalam bidang  perubatan. Beliau  juga merupakan  wanita Melayu yang kedua  memperoleh ijazah  perubatan. Wanita Melayu pertama menjadi  doktor perubatan  ialah Dr.Salma Ismail dari  Alor  Setar,Kedah.                                                     Setelah  tamat  pengajian di  Universiti  Malaya, Siti  Hasmah  berkhidmat sebagai  doktor pelatih  di Hospital Besar Kuala Lumpur (1955-1956. Beliau  berkahwin  dengan  Dr.Mahathir Mohamad  pada 5  Ogos 1956. Beliau  kemudiannya  berpindah ke  Hospital Besar  Alor Setar sebagai  pegawai perubatan.     
       Pada tahun  1962, Siti  Hasmah  bertugas sebagai  Pegawai  Perubatan Kedah Utara..Pada tahun 1963, beliau  memangku jawatan Penguasa Hospital Besar Alor  Setar  dan dengan pelantikan itu, beliau  merupakan wanita  Melayu  yang pertama  menyandang  jawatan  tersebut. 
Pada tahun 1965, Siti  Hasmah  dilantik  sebagai  Pegawai  Kesihatan dan Anak  di Pejabat Kesihatan Kedah  Utara.Pada tahun  1966, dia ke Amerika  Syarikat   untuk  mengikuti kursus  Perancang  Keluarga di Population Planning Centre, Ann Arbor, Michigan. Pada tahun  yang  sama, beliau  bertugas  sebagai Pegawai  Kesihatan  Kedah hingga tahun  1967. Pada  tahun  1968, beliau  berkhidmat sebagai Pegawai  Kesihatan  Kubang  Pasu, sekali gus sebagai Pengetua Sekolah Latihan  Kesihatan  Luar  Bandar di Jitra,  Kedah hingga tahun  1974.
Beliau  juga  merupakan  wanita  pertama yang dilantik sebagai  Pegawai  Kesihatan  Ibu  dan Kanak-kanak  Negeri Kedah apabila  dilantik ke  jawatan tersebut  pada tahun 1974.Siti  Hasmah  kemudiannya menilih  untuk  bersara  daripada  perkhidmatan kerajaan  apabila kontrak perkhidmatannya tamat  pada tahun 1974’.   Selepas itu  beliau  menjadi  pensyarah   sambilan di Institut   Kesihatan Umum dan Fakulti Pergigian Universiti  Malaya.   
Siti  Hasmah  juga amat  prihatin terhadap  kegiatan  sukarela. Beliau menjadi  Yang Dipertua Badan  Amal dan  Kebajikan Tenaga Isteri Menteri- menteri (BAKTI). Beliau  juga  penaung bagi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan  beberapa pertubuhan sukarela  yang  lain.
Tun  Dr.Siti  Hasmah telah  menghasilkan beberapa buah buku.antaranya ialah  Wanita,Adat dan  Kesihatan (2 jilid) yang  memuatkan koleksi kertas kerjanya  antara tahun  1975  hingga  tahun  1978. Beliau  juga banyak membentangkan kertas  kerja dalam  seminar peringkat  kebangsaan dan  antarabangsa, di samping  menyumbang tulisan untuk  penerbitan dalam  bidang  penerbitan. Selain itu, beliau  juga meminati muzik, nyanyian dan  tarian  asli. Pada  tahun  1997, beliau dilantik menjadi  Canselor Universiti Multimedia Malaysia.

2 comments:

  1. Terima kasih banyak Aky Ternyata Angka jitu hasil Ritual KI JAYA Yang saya minta ternyata Tembus SINGAPUR 4d JUMAT 23 MEI 2014 DENGAN ANGKA 0215 Puji TUHAN SAYA mendapatkan kemenangan 750 JUTA. Sampai-sampai saya mengeluarkan Air mata, SAYA sangat terharu, bahagia dan bersyukur kpd TUHAN Yang Maha Esa. Skrng SAYA sudah memiliki modal untk buka usaha sendiri dan sdh membeli Rumah dan yg paling utama SAYA tdk Terlilit Utang lagi sewaktu SAYA menjadi pegawai pabrik. Jgn pikirkan lagi, langsung hub “KI JAYA” Di (((085-321-606-847_))) Terimakasih banyak Aky Semoga TUHAN membalas kebaikan Anda

    ReplyDelete
  2. Greetings and Good Day !

    We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-

    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary RM7,000 (starting)

    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

    Clinic information:-
    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR
    TEL / FAX: 03-90114833

    Sender:-
    Ir. Aznial Rahmat
    Director
    KASIH Group
    012 312 9264
    aznial@gmail.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...